nona2u.com.my

Hanya Sumber Alam Semulajadi Pilihan NR

HEBATNYA DI NONA2U


SHIPPING METHOD

Nota : Khidmat Cash On Delivery (COD) sah untuk pembelian RM200 dan ke atas. Call directly atau selepas membuat order (OrderID), sila hubungi kami semula untuk confirmation penghantaran. 

KHIDMAT CASH ON DELIVERY! (COD)

Khidmat COD kami terhad bagi kawasan berikut; Pusat Bandaraya, Lembah Pantai, Ampang, Cheras, Gombak, Petaling Jaya, Shah Alam, Damansara, Kepong, Puchong, Bukit Jalil, Putrajaya dan kawasan berhampiran. Hubungi kami untuk kepastian tentang kawasan anda.

C.O.D. & TIADA CAJ PENGHANTARAN bagi belian lebih daripada RM200.00 ke atas. Bagi kurang daripada RM200.00 bayaran RM5.00 dikenakan.

PENGHANTARAN PERCUMA BAGI BELIAN MELEBIHI RM200 ke lokasi seluruh Malaysia dan RM5.00 dikenakan bagi yang kurang dari RM200.00. 

CARA MEMBUAT ORDER

  • Pilih Produk yang dibeli. Klik butang "BUY NOW" dan ikut arahan mengisi borang order online yang dipaparkan. Pastikan maklumat anda lengkap dan pilih cara bayaran yang betul. Setelah berjaya selesai anda boleh semak email untuk maklumat order dan cara bayaran boleh dilakukan. 
  • Info Bayaran juga disediakan bila anda selesai mengisi borang order online. Anda boleh cetak untuk rujukan jika perlu.
  • Setelah membuat bayaran, untuk tindakan segera, kami sangat menggalakkan anda sms/Whatsappkan maklumat pembayaran seperti berikut; Order ID, Nama Anda, Nama Bank, Tarikh, Masa dan Amount dibayar ke
    017-3257585
  • Bagi yang COD anda perlu menghubungi kami untuk temujanji masa dan tempat penghantaran jika perlu. Walaubagaimana pun pihak kami akan telefon anda untuk konfirmasi. Bagi yang telefon @sms/Whatsapp kami priority akan diberikan. (lokasi penghantaran mesti dalam memenuhi dalam kawasan yang telah ditetapkan)
  • Kami terima bayaran melalui akaun CIMB dan MAYBANK. Anda boleh guna Online Banking, Internet Banking, Mobile Banking, ATM Transfer atau melalui Kaunter Bank.
 


Anda boleh sms ke 017-3257585 jika perlukan no. akaun.

WALK-IN CUSTOMER

LOKASI KAMI

Pelanggan juga boleh datang sendiri untuk membeli produk dari Pejabat Urusan nona2u.com.my melalui temujanji @ appointment di

PEJABAT URUSAN @ Shah alam office
No 3-1(E), jalan Singa B, 20/B, Seksyen 20, 40200 shah alam, Selangor


Herbanika Set Bersalin NR (Dahulunya dikenali sebagai Nona Roguy). Ianya adalah rumusan tradisional daripada Nona Roguy (NR) disediakan istimewa untuk wanita bersalin dan ibu-ibu  dalam tempoh berpantang mahupun selepas pantang.  

Sesuai digunakan samada bersalin secara normal atau pembedahan. Kini tradisi ini diperturunkan dalam bentuk yang mudah digunakan dan dapat diamalkan oleh semua orang untuk amalan kesihatan dan kecantikan badan. Berbekalkan rumusan herba-herba asli daripada khazanah hutan hujan tropika dan petua serta adat resam dahulu, rangkaian herba Nona Roguy (NR) diproses melalui penggunan mesin-mesin yang termoden dengan taraf piawaian dan ketetapan yang telah ditentukan oleh kerajaan.

Harga Set bersalin Nona Roguy ini adalah buatan dan keluaran Malaysia.

Sejak berkurun lamanya, perubatan Herbanika Bersalin telah menjadi satu daripada rahsia khazanah warisan kesihatan dan kecantikkan dunia Melayu, khususnya bagi ibu-ibu selepas bersalin. Khasiat pembersihan, penyucian, dan penyegaran ini adalah kunci untuk melambatkan proses penuaan.

Rangkaian perubatan herba ibu bersalin NR @ Nona Roguy adalah :

PhytoNatal : Pembersih dalaman yang ringan dan peransang sistem imun badan
Akar Herbanika : Minuman herba antioksidan untuk kesihatan dan kecantikkan
Minyak Herbanika : Minyak berubat untuk kegunaan luaran
Herbanika Lulur : Serbuk herba perubatan sebagai Skrab
Uncang Cuci Herbanika : Perubatan herba untuk mandi dan cucian bahagian sulit
Krim Herbanika Barut : Krim untuk kegunaan luaran bagi memudahkan kegunaan untuk membantu merampingkan badan. 

Produk yang terdapat dalam Rangkaian Herbanika Bersalin: 

PhytoNatal 90 biji

Krim Herbanika Barut 60g.

Herbanika Lulur 100g.

Minyak Herbanika 100ml.

Uncang Cuci Herbanika
10 t-bag.

Akar Herbanika 10 t-bag


Mahu beli produk secara berasingan? Klik sini.

Saya rasa bersyukur kerana mengamalkan. Set Bersalin NR. Sebelum ini hanya kenal nama sahaja tapi bersalin anak ke-2 saya memberanikan diri mencuba. Alhamdulillah sangat bagus.. Kesannya sungguh berbeza. Badan rasa lebih sedap dan bertenaga. Muka pun tidaklah pucat sangat berbanding semasa melahirkan anak pertama komen suami saya. 

 Bagi kelahiran pertama pengunjung laman web ini, saya cadangkan sangat anda mengamalkan Set Bersalin NR ini. 

Ikhlas , Syira Amir Puchong.

Akar Herbanika NR @ Nona roguy Item Set Bersalin NRAKAR HERBANIKA
Minuman herba antioksidan untuk kesihatan dan kecantikan

Dalam tradisi Melayu, kulit yang sihat serta cantik melambangkan kesihatan yang sempurna. Minuman antioksidan tradisional yang dirumus khas ini bercirikan pembersih darah dan penyegar dalaman dengan mempunyai kesan menyerlahkan kecantikan kulit serta wajah. Rumusan herba yang terpilih seperti serai dan kayu sapan yang kaya dengan favonoid bercirikan anti-oksidan dan anti-flatulen. Ia disyorkan untuk amalan harian untuk suplemen kesihatan ketahanan sistem imun bagi semua peringkat usia.

Amalan harian secara tradisional membantu : Membersih, melancarkan serta menyegarkan darah yang bercirikan stimulasi dan lactagogue yang dapat memperbanyakkan keluaran susu ibu yang segar ketika dalam pantang bersalin. Menyahtoksikkan kumpulan angin keracunan dalam badan dan membersihkan usus serta mengatasi retensi air, sembab dan melancarkan sistem pembuangan air kecil.

Dosej :
1-2 paket Akar Herbanika direndam dalam 1 mug air panas mendidih. Biarkan ia suam atau suhu bilik, masukkan madu lebah untuk kesan yang lebih mujarab. Amat disyorkan amalan sebanyak 3-4 mug sehari dengan mengulangi rendaman paket yang sama sehingga cair warnanya. Selepas itu gantikan paket yang baru. Untuk pesakit kencing manis, minum Akar Herbanika tanpa madu.


Herbanika Lulur Set Bersalin NR @ Nona Roguy
HERBANIKA LULUR

Serbuk Herba perubatan sebagai Lulur (Scrub)

Herba seperti beras dan bonglai yang dirumus secara tradisional telah terkenal dalam dunia Melayu. Formula tradisi ini yang dicirikan
emolien, antiseptik, anti-oksidan serta astringen telah dipermodenkan sebagai Herbanika Lulur.

Digunakan secara tradisional untuk membantu:
Mengurangkan kesan parut serta pigmentasi disamping mengeluarkan sel-sel mati dan menghaluskan kulit. Mengencangkan kulit dan otot badan, mengecutkan bengkak urat varikos, meredakan sembab dan memelihara kesihatan urat saraf badan secara luaranMengatasi kebas-kebas dan seram sejuk dengan menghindari daripada kemasukkan angin sejuk. Melancarkan peraliran darah dan amat disyorkan kegunaannya dalam penjagaan ibu bersalin untuk mendapatkan keberkesanan kulit yang cantik.


Cara Penggunaannya :

  • Sediakan 2 sudu besar Herbanika Lulur dicampurkan dengan air panas suam untuk menjadi pes yang sederhana cair.
  • Sebelum mandi duduk atas tikar atau plastik dan mulai lulur seluruh badan. Gosokkan pes lulur permulaan di tapak kaki, betis, paha dan kaki, bahagian sulit serta celahanm tangan, lenganm ketiak, bahagian belakang badan serta tengkuk dan pinggul.


  • Lakukan berlulur badan seperti gosokkan daki ataupun seperti urutan lembut di atas kulit sehingga pes itu mengering, Kemudian mandi dengan air rebusan Uncang Cuci Herbanika bagi ibu dalam pantang bersalin.


  • Bagi Wanita sebagai amalan lulur kesihatan boleh mandi dengan air biasa atau berendam dalam tab air herba untuk mendapatkan keberkesanan yang lebih efektif.


Phytonatal NR Set Bersalin NRPHYTO NATAL
Pembersih dalaman yang ringan dan perangsang sistem imun badan.

Makanan tambahan herba yang unit bagi ibu selepas bersalin. Formulasi bercirikan perubatan herba untuk membantu secara fisikal dan emosi dalam pantang bersalin.

Digunakan untuk membantu :

  • Atasi kemurungan, stress, masalah angin meroyan, keletihan, lesu, insomia, sakit kepala, pening, pekang (migraine), sakit dan bisa otot dan sendi, kebas-kebas, masalah seram sejuk (Chills), masalah kembung perut dan masalah angin.

  • Sebagai pembersih dalaman semulajadi untuk menyahtoksik, pelembab dan perasi sistem dalaman tubuh badan bagi mengeluarkan kekotoran, angin toksik, darah nifas, darah bantal(lochia Blood) lendir berlebihan, retensi air dan sembab.
  • Menguatkan dan mengecutkan rahim seperti sediakala disamping menyegarkan sistem reproduktif wanita.

  • Melancarkan sistem urinari dan mengembalikan kekuatan dan kesihatan sistem perkumuhan, kesegaran dan vitaliti kewanitaan, serta luaran tubuh badan.

  • Menurunkan berat badan, melangsingkan tubuh badan dan merampingkan pinggang, mengempiskan perut serta mengatasi masalah geleber.

Dosej :
2-4 tablet diambil dengan AKAR HERBANIKA untuk kesan yang lebih mujarab.

Minyak Herbanika Set bersalin NR @ Nona RoguyMINYAK HERBANIKA
Minyak berubat untuk kegunaan luaran

Minyak Herbanika yang diproses turun-temurun sebagai minyak perubatan tradisi melayu yang diperkayakan dengna pati minyak kelapa, biji pala, serai, minyak kayu putih, serta rempah ratus terpilih dirumus khas bagi kegunaan urat saraf, otot, sendi dan tulang badan. Ia bercirikan emolien, antiseptik, depuratif, anti-inflamasi, anti-rheumatik, anti-fungal, karminatif dan balsamik.

Kegunaan secara tradisional sebagai :

  • Minyak urut untuk melegakan sakit dan bisa sendi, otot, tulang dan urat saraf.

  • Disyorkan untuk kegunaan ibu dalam pantang bersalin.

  • Penggunan di atas tuala wanita ibu bersalin untuk mempercepatkan penyembuhan luka jahitan episiotomi (luka di bahagian sulit)

  • Melancarkan Peraliran darah, mengencangkan kulit yang menggeleber, mengeluarkan dan melegakan masalah kumpulan angin jahat, angin meroyan, angin panas, angin kumpulan angin jahat, angin meroyan, angin panas, angin sejuk, dan angin keracunan di dalam badan.

  • Membantu mengatasi atau mengurangkan jalur kulit atau regang kulit dan selulit dibahagian perut, pinggul, paha, lengan dan payudara.

  • Mengempiskan perut dan mengecutkan pembengkakkan urat dan vena varikos.

Uncang Cuci Herbanika - Set Bersalin NR @ Nona Roguy UNCANG CUCI HERBANIKA
Air Rebusan herba untuk mandi dan cucian bahagian sulit

Dari khazanah tradisi Melayu air rebusan herba seperti daun sirih, inai, dan mambu diformulasikan secara moden dalam bentuk uncang memudahkan penggunaannya. Ia mengandungi khasiat anti-septik, astringen dan emolien. Keberkesanannya amat diakui.

Penggunaan secara Tradisional :

  • Sebagai cucian yang berkesan untuk bahagian sulit ibu dalam pantang bersalin membantu mengatasi atau meredakan jangkitan fungus, keputihan, dan mempertingkatkan kesihatan dibahagian sulit.


  • Amat berkesan dalam rawatan rendaman sulit, hidroterapi dan sebagai herba bunjut dalam terapi tuaman.


Panduan :
Rendam 3 paket Uncang Cuci Herbanika dalam 1 liter air panas mendidih. Biarkan warna air bertukar kepada kekuningan herba.

  • Kemudian masukkan sedikit air biasa supaya panasnya tidak melecurkan kulit dan masukkan garam untuk lebih berkesan. Guna airnya untuk mencebuk atau menggunakan kapas untuk mencuci alat sulit wanita atau dalam rawatan rendaman sulit (sitz Bath). Boleh diamalkan pada setiap pagi, petang dan malam.


  • Amat disyorkan kegunaannya untuk ibu selepas melahirkan.


  • Disyorkan kegunaannya sebagai mandian herba bagi ibu dalam pantang bersalin.
    Rebuskan 6 peket Uncang Cuci Herbanika dalam 2 liter air tanpa garam. Air rebusan itu dicampurkan dengan air biasa dalam bekas mandi atau besen untuk disuamkan sebelum mandi. Gunakan uncang-uncang yang direbus itu sebagai tuaman urat saraf, otot dan payudara semasa mandi untuk lebih berkesan.


Barut Herbanika (Serbuk) dan Krim Barut HerbanikaHERBANIKA BARUT (SERBUK)
Herbanika Barut yang disediakan dalam bentuk serbuk secara tradisi Melayu untuk kegunaan dalam rawatan melangsingkan badan.

Formulasi Tradisional ini menggabungkan bahan herba dan rempah ratus seperti serai dan biji pala yang dapat membantu :

  • Mengeluarkan darah nifas, darah ketul, lendir dan angin keracunan daripada rahim.


  • Mengempiskan perut dan memecahkan lemak berlebihan dibahagian badan.


  • Mengurangkan jalur kulit dan memutihkan kesan parut.


  • Kembalikan kelangsingan badan yang terserlah dibahagian pinggang, perut, pinggul, paha dan lengan.


Cara Penyediaan:

  • 2 Sudu besar serbuk Herbanika Barut dimasak dengan 2 cawan air asam jawa dalam periuk tanah
  • Gaul sebati dan masak di atas api yang perlahan sehingga menjadi sederhana pekat atau pes yang lembut.
  • Sapu Minyak Herbanika pada bahagian perut, ari-ari, serta pinggang dan pinggul terlebih dahulu sebelum menggunakan pes barut. Kemudian gunakan pes barut suam-suam panas untuk disapukan kebahagian tersebut. Kemudian ikat bahagian tersebut dengan bengkung atau kain barut atau barut binder.

KRIM HERBANIKA BARUT
Herbanika barut diproses secara krim untuk kegunaan luaran bagi memudahkan kegunaannya untuk rawatan merampingkan badan.

Dirumus khas menggunakan kaedah moden untuk kegunaan segera. Ia menepati keperluan kualiti, keselamatan, keseragaman dan efikasi.

Formula tradisional ini menggabungkan bahan herba dan rempah ratus seperti serai dan biji pala dan dapat membantu : 

  • Mengeluarkan darah kotor, lendir dan angin keracunan, darah nifas dan darah bantal daripada rahim. Mengejapkan otot bahagian perut yang longgar dan menggeleber.


  • Mengempiskan perut dan memecahkan lemak berlebihan dibahagian badan

  • Mengurangkan jalur kulit dan memutihkan kesan parut.

  • Kembalikan kelangsingan badan yang terserlah di bahagian pinggang, perut, pinggul, paha dan lengan.

Cara Kegunaan : 

Sapu Minyak Herbanika terlebih dahulu di atas perut, pinggang dan pinggul sebelum menggunakan Krim Herbanika Barut ditempat tersebut. 

Pakai bengkung atas kain untuk mengikat rapi dibahagian tersebut. 

Untuk ibu bersalin secara pembedahan, guna barut binder pada peringkat awal selama 2 minggu dan tukar kepada bengkung atau kain barut sehingga habis pantang. 

Lakukan rawatan ini pagi selepas mandi dan malam sebelum tidur.